Home | Rajah Litar | Syarat & Peraturan | Pendaftaran & Yuran | Atucara Majlis | Hubungi Kami

NATIONAL SCOOTER PRIX CHAMPIONSHIP 2007

PENDAFTARAN & YURAN

untitled.jpg

YURAN PENYERTAAN = RM80.00 (pecuma t'shirt rasmi NSP2007 & sticker)

BAGI KATEGORI SCOOPED 100cc-125cc, SKUTER 125cc - 150cc & SKUTER OPEN

Anda boleh lah mendaftar di kaunter urusetia pendaftaran di Trek Pasir Salak selewat-lewatnya pada hari Sabtu 10hb Mac 2007 sebelum jam 12:00 tengahari.

BAGI KATEGORI SKUTER 180cc-200cc & VESPA/LAMBRETTA OPEN

Anda harus mengesahkan penyertaan awal terlebih dahulu dengan membuat kiriman wang pos RM50 (sebagai deposit) ke atas nama En. Nurul Anuar B. Azman dan hantarkan ke alamat berikut ==>

En. Nurul Anuar B. Azman
Selangor United Scooter Community.
Lot 83,
Lorong Sering 4,
Bukit Antarabangsa,
68000 Ampang, Selangor

Sila juga tuliskan nama penuh anda, no. tel., kategori anda & alamat penuh untuk rujukan.Kiriman wang pos haruslah kami terima selewat-lewatnya sebelum Rabu 7hb Mac 2007 bagi pihak kami mengenal pasti jumlah peserta2 kategori anda yang telah mengesahkan penyertaan. Baki yuran RM30 pula haruslah dijelaskan juga di kaunter urusetia pendaftaran di Trek Pasir Salak selewat-lewatnya pada hari Sabtu 10hb Mac 2007 sebelum jam 12:00 tengahari.

Sekiranya pengesahan jumlah peserta kategori2 180cc-200cc dan kategori Vespa/lambretta Open yg diterima selepas tempoh 7hb Mac 2007 adalah kurang dari sasaran antara 8-12 peserta maka hadiah wang tunai untuk pemenang2 kategori ini akan dikurangkan sedikit.

Sekiranya pengesahan jumlah peserta kategori 180cc-200cc dan Vespa/Lambretta yg diterima adalah kurang dari 8 peserta maka kami besar kemungkinan terpaksa membatalkan kategori ni. Walaubagaimanapun, semua yang telah mengesahkan pendaftaran awal melalui kiriman wang pos tersebut akan kami hubungi bagi mendapat persetujuan masing-masing.

Kami telah sedaya upaya untuk menghidupkan kembali acara perlumbaan skuter negara kita biar setanding di negara2 barat. Kami benar berharap agar komuniti tuning gilerians & vesparian dapat menggunakan peluang terbaik ini untuk bersama menyokong dengan turut serta di dalam siri kejohanan ini agar kerajaan mahupun masyarakat dapat sedar betapa perlumbaan trek skuter juga perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Bersama kita kembalikan zaman kegemilangan kejuaraan lumba skuter tanah air! Amin, Ya Rabbal Alamin.

Lycos MP3 Search

Artist or Song Name: